Tuesday, March 30, 2010

warkah buat kekasih - ways

Mencorak bintang menjadi kerongsang ku tak berdaya
Kerna nyata ku tak sehebat dia bermain kata
Memintal buih menjadi keranjang ku tak berdaya
Kerna aku tahu imaginasiku ada batasnya
Kekasih jangan pula engkau
Menolak warkah cintaku yang tak bermaya

Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih

Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih

Monday, March 29, 2010

Kejora - Bab 1

8 tahun lalu... di Kampung Puteri Malu

kring... kring.... kring... telefon di villa chempaka berdering. mengejutkan penghuninya yang masih enak berselubung didalam selimut seawal jam 8:30 pagi itu. mira yang ketika itu baru saja menginjak ke usia 16 tahun segera membuka mata sambil tangan kanannya menggosok mata dan membuang taik mata yang berada si sekitar matanya. suasana sekeliling diamatinya. sunyi. yang kedengaran hanyalah kokokan ayam diluar sana. sayup-sayup kedengaran juga bunyi suara juruhebah radio nombor satu dimalaysia ketika itu. radio mana lagi jika bukan era.fm. suara halim othman berceloteh dipagi hari itu menceriakan suasana. apabila diamati lagi, ternyata pembantu rumah yang sedang sebok melakukan kerja-kerja rumah di villa chempaka itu juga turut sama menyumbangkan suara mengikuti nyanyian dari siaran radio era.

telefon masih belum berhenti berdering. sape la yang nyebok telefon umah orang pagi-pagi buta ni? gumam mira. tak le tengok orang senang betul. mulutnya masih tidak berhenti mengomel. kak nek ni pun satu, tak dengar ke? kak nek merupakan panggilan mira dan adik beradiknya kepada pembantu rumah mereka. lantas telefon yang terletak di atas meja tepi katil di capai.

"hello, nak cakap ngan sape?" mira menyapa si pemanggil.

"hello... assalamualaikum. hi, oni ade?" si pemanggil menyatakan dan bertanya serentak.

hi... laki mana plak dah yang tepon umah aku pagi-pagi ni. suara mak ai... tak cair langsung hati aku ni. cari oni plak. oni mane ni? ngomel mira lagi. "maaf, dalam umah ni tak dek orang nama oni." usai berkata, mira terus menghempaskan gagang telefon. si pemanggil di hujung talian terkemut. namun masih sempat tersenyum mengenangkan layanan kasar yang diterimanya. usaha digandakan. nombor yang sama didail lagi. mengharap orang yang sama juga yang akan menjawab panggilannya nanti.

kring... kring... kring... mira yang baru saja lepas melipat kain selimut memandang tajam kearah telefon yang berdering. antara mahu dengan tidak mira menyambut jua telefon tersebut kerana deringannya amat tidak disenanginya pagi-pagi ini.

"harap maaf. no yang anda dail tiada di dalam perkhidmatan. terima kasih." lantas gagang diletak ke tempat asalnya sambil mengulum senyum dibibir. padan muka. kata hatinya. namun baru saja kakinya ingin melangkah menuju ke blik air, telefon yang sama berdering lagi.

"kak nek, tolong jawab telefon tu." mira menjerit dari dalam biliknya memberi arahan kepada pembantu rumah. "kalau tak kenal, orang salah nombor ke, jangan layan." sempat dia berpesan. lantas laju kaki di atur manuju ke bilik air untuk mencuci muka seterusnya menyegarkan badan.


**********************************************

mira menuruni anak tangga satu persatu. sampai di anak tangga terakhir, matanya memerhati keadaan sekitar dalam villa yang dihuninya. setelah lebih enam bulan tidak menjejakkan kaki di villa chempaka, mira cuba mencari jika-jika terdapat sebarang perubahan. masih seperti dulu juga. tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh ibunya mahupun pembantu rumah mereka. ada tidak pun hanyalah sepasang pasu seramik yang baru menghiasi ruang tamu villa tersebut. em, tak heran la. mak memang gila pasu. kata hatinya. puan zainiah yang merupakan ibu kepada lima cahaya mata itu memang telah diketahui sangat taksub dengan pasu seramik. malah hiasan didalam villa chempaka ini juga penuh dengan pasu seramik yang pelbagai warna, jenis dan saiz.

perutnya mula terasa mahu diisi. maklumlah, keadaannya semasa cuti persekolahan amat berbeza sekali dengan kehidupannya di asrama. di asrama sarapan pagi telah ditetapkan pada pukul 6.30am. sekarang da masuk 9.00am. perut mana yang tidak mendendangkan lagu keroncong. kakinya dihala ke ruang makan. di atas meja telah siap terhidang nasi lemak bungkus berserta beberapa jenis kuih kampung dan air kopi panas yang sudah tidak panas lagi. itu lah kebiasaan sarapan pagi di villa chempaka ini. nasi lemak bungkus dan kuih-muih itu biasanya dibeli oleh ayah mira, tuan syukri dikedai yang terdapat di simpang depan masuk ke kampung puteri malu ini. telah menjadi rutin harian tuan syukri untuk solat subuh secara berjemaah bersama-sama penduduk kampung di masjid kampung tersebut. pulang dari masjid pula, kedai kopi itu lah yang dituju tuan syukri untuk membeli sarapan pagi buat isi villanya. bukan puan zainiah tidak memasak, tetapi tuan syukri memang tidak suka menyusahkan isterinya. melihatkan keadaan isterinya yang kelam-kelibut di waktu pagi, tuan syukri tidak sampai hati.

"kak nek dah makan?" mira bertanya.

"belum. akak tengah cuci pakaian ni." jawab kak nek.

"ala... tinggal jer dulu. lagi pun mesin yang basuh kan. kak nek temankan adik makan dulu la. tak sonok la makan sorang-sorang." mira mengajak pembantu rumah itu makan bersamanya. memang mira serta adik beradiknya yang lain rapat dengan kak nek walaupun dia cuma pembantu rumah di villa tersebut. baik tuan syukri mahupun puan zainiah tidak pernah mengajar anak-anak mereka memandang rendah akan kelemahan orang lain. nasib semua orang tak sama. itu yang acap kali di ulang cakap pasangan suami isteri itu kepada anak-anak mereka.

"adik amik cawan dulu ek. diorang sume mane kak? sume da makan ke?" tanya mira lagi.

"ntah, pagi tadi masa akak sampai, rahmat ikut abah. pergi office agaknya." jawab kak nek merujuk adik lelaki mira. "mak, bese la... pagi-pagi lagi da tentu pergi jenguk spa dia." sambung kak nek lagi.

"liya dengan seha plak mane?" mira bertanya lagi apabila kata-kata kak nek hanya berhenti disitu saja.

"budak berdua tue ade kat belakang. berendam. tue je la yang diorang tau." kak nek menamatkan tanda tanya yang bermain difikiran mira.

"ai... pagi-pagi lagi dah berendam. diorang dah makan ke belum ni? nanti dah berendam langsung tak ingat mende lain lagi." mira bersungut.

"budak-budak tue dah makan awal-awal lagi tadi. adik sorang jer yang belum makan." kak nek menjawab sekaligus menghentikan rungutan mira terhadap kedua orang adik perempuannya.

Sunday, March 28, 2010

Kejora - Prolog

Mira edora merenung keluar. yang kelihatan hanyalah satu warna. hitam. menggambarkan suasana yang gelap pekat. tidak terpancar satu cahaya pun. pesawat malaysia airlines MH126 yang dinaikinya baru saja berlepas dari lapangan terbang perth. ini bermakna bumi australia telah ditinggalkannya. segala kenangan yang terpatri dinegara ini juga hanya tersemat disanubari. hanya gambar-gambar yang akan menjadi penawar mengubat kerinduan yang bertamu nanti. entah bila lagi agaknya dia berpeluang datang kesini. dia pun tak tahu.

mira teringat sesuatu. dia menoleh teman disebelah. matanya terpaku pabila menangkap renungan sepasang mata yang entah sejak bila begitu asyik memerhatikan dirinya. senyuman diukir tanda perkenalan. senyuman berbalas dengan senyuman juga. tiada kata yang dilafazkan. lantas mira segera membuka tas tangan mengambil mp3 untuk menutup debaran di dada. teman seperjalanannya itu seorang lelaki. usia mungkin dalam lebih kurang hujung 30-an tak pun awal 40-an. mata dan akalnya menganggarkan begitu.

belumpun sempat mira menyumbat kedua telinganya dengan 'ear phone', lelaki tersebut menegurnya. "student?"

mira hanya mampu menganggukkan kepalanya. seketika mira membetulkan status dirinya. "ex-student. baru abis belajar. keje sekejap, lepas konvo baru boleh balik." katanya sambil tersenyum sekaligus mempamirkan lesung pipit yang terukir cantik dikedua belah pipinya.

"oh. ni kira balik terus la. dah dapat kerja ke? atau nak tanam anggur sebulan dua dulu?" ramah lelaki tersebut bertanya. belum pun sempat mira menjawab, lelaki itu terus memperkenalkan dirinya. "by the way, saya azri." ujarnya sambil menghulurkan tangan.

eee... tak tanya pun. namun huluran tangan azri disambut baik oleh mira sekaligus menyebut namanya. "saya ira. I.R.A. terpulang nak sebut macam mana. ira (sebutan melayu) boleh, ira (sebutan inggeris) pun boleh." sejenak mira bermonolog sendiri. macam mana aku boleh terlebih ramah pulak ni?

"dah berapa tahun kat australia? u ape?" azri bertanya lagi.

"dekat lima tahun jugak la. universiti melbourne." jawab mira ringkas. malas pastinya. bosan apabila soal berkaitan pengajiannya dibicarakan. tak ada mende lain nak tanya ke? bisik mira sendiri. azri yang menyedari perubahan riak di wajah mira segera mengangkat tangan memanggil pramugari bertugas yang sedang menatang dulang makanan dan minuman, untuk diberikan kepada para penumpang.

pramugari tersebut segera mendapatkan azri. "yes sir, may i help you?" dengan penuh tertib dan sopan berserta senyuman yang tidak pernah lekang dibibir, pramugari yang memakai tanda nama emelda bertanya.

"no. just give me one hot coffee. erm... ira, you nak air ape?" azri bertanya sambil menyambut secawan kopi yang dihulurkan pramugari cantik itu.

mira hanya memandang keduanya. lantas matanya beralih kepada dulang yang berada ditangan pramugari tersebut. "erm... saya nak kopi jugak." pramugari tersebut segera berlalu selepas menghulurkan secawan kopi lagi kepada azri. azri dengan lagak 'gentlement'nya menjemput mira minum.

"malam-malam macam ni pekena kopi rasa segar sikit mata ni kan." azri bersuara setelah agak lama suasana bisu menyelubungi mereka berdua. mungkin juga mahu mencungkil perbualan diantara mereka. mira hanya mampu mengiakan.

azri tidak berputus asa. serasanya ada sesuatu didalam diri gadis yang baru dikenalinya ini. naluri lelakinya amat tertarik dengan gaya selamba dan sikap bersahaja mira. sebolehnya dia mahukan perkenalan mereka tidak hanya sampai disini. kesempatan ini diambil untuk mencungkil lebih banyak lagi hal yang berkaitan dengan diri mira. dia sedar, dia perlu menimbulkan topik-topik menarik yang boleh menarik minat mira untuk berbicara dengannya di waktu senggang ini.

"ira, asal mana? sampai klia nanti dah ada yang tunggu ke?" sekali lagi azri berusaha mencetuskan perbualan. mira tidak sampai hati untuk tidak melayan bicara azri.

tak pe la. layan jer la. aku wat sombong pun bukan dapat ape. lambat lagi nak sampai ni. nak tido pun, mata tak ngantuk la plak. mira berkata di dalam hati. dia lantas tersenyum kepada azri.

"saya asal pahang, awak plak?" melihat respon yang agak baik dari mira, azri tersenyum. terus kepalanya ligat memikirkan ape lagi yang harus dijadikan topik perbualan mereka berdua.

"sama la kita. saya pun asal pantai timur jugak. tapi negeri nik aziz." jawab azri sambil mengeyit sebelah matanya.

"amboi, siap sebut nama menteri besar tu! berapa dapat jual nama tue?" mira melawak pula. azri yang melihat tersenyum ceria.

lantas perbualan keduanya berlanjutan. lepas satu topik, satu topik yang mereka bualkan. tidak menghiraukan penumpang lain yang kebanyakannya sedang mencari posisi yang sesuai untuk melayari mimpi indah. kononnya. ada juga diantara mereka yang sedang menonton. malam semakin pekat diluar sana. matanya mula terasa mengantuk. mira meminta diri untuk melelapkan mata. azri pula cuba memahami walaupun hatinya tidak merelakan. kalau masa yang singkat ini dihabiskan dengan aktiviti tido, bila pula aku akan dapat bermesra dengan gadis manis disebelah aku ni? fikir azri.

mira pula seakan-akan tahu apa yang bermain difikiran azri. mata dipejamkan rapat. semakin lama berada didalam pesawat, semakin dekat dirinya dengan keluarga tercinta. apa khabar agaknya mereka. terfikir juga dia, adakah mak dan abah akan menanti kepulangannya di lapangan terbang nanti. mira tidak mahu terlalu mengharap. faham akan kesibukan kedua orang tuanya. teringat kekasih hati yang telah lima tahun ditinggalkan. masihkah seperti dulu. setia menanti kepulangannya.

mira mengeluh tanpa sedar. mujur juga azri disebelahnya tidak perasan. mira membuka sedikit matanya untuk melihat keadaan azri disebelah. diperhatikan raut wajah lelaki tersebut. tenang, nampak comel bila sedang tido. kumisnya nipis menambahkan 'kehensemannya'. eee... gatalnya aku ni. kata mira didalam hati. erm, gatal sikit-sikit tak pe kot. setianya tetap pada yang satu. dia bermonolog lagi. sedang melayan mata, mira teringat kisah bagaiman dia boleh menjejakkan kaki dinegara kangaro ini.