Mira edora merenung keluar. yang kelihatan hanyalah satu warna. hitam. menggambarkan suasana yang gelap pekat. tidak terpancar satu cahaya pun. pesawat malaysia airlines MH126 yang dinaikinya baru saja berlepas dari lapangan terbang perth. ini bermakna bumi australia telah ditinggalkannya. segala kenangan yang terpatri dinegara ini juga hanya tersemat disanubari. hanya gambar-gambar yang akan menjadi penawar mengubat kerinduan yang bertamu nanti. entah bila lagi agaknya dia berpeluang datang kesini. dia pun tak tahu.
mira teringat sesuatu. dia menoleh teman disebelah. matanya terpaku pabila menangkap renungan sepasang mata yang entah sejak bila begitu asyik memerhatikan dirinya. senyuman diukir tanda perkenalan. senyuman berbalas dengan senyuman juga. tiada kata yang dilafazkan. lantas mira segera membuka tas tangan mengambil mp3 untuk menutup debaran di dada. teman seperjalanannya itu seorang lelaki. usia mungkin dalam lebih kurang hujung 30-an tak pun awal 40-an. mata dan akalnya menganggarkan begitu.
belumpun sempat mira menyumbat kedua telinganya dengan 'ear phone', lelaki tersebut menegurnya. "student?"
mira hanya mampu menganggukkan kepalanya. seketika mira membetulkan status dirinya. "ex-student. baru abis belajar. keje sekejap, lepas konvo baru boleh balik." katanya sambil tersenyum sekaligus mempamirkan lesung pipit yang terukir cantik dikedua belah pipinya.
"oh. ni kira balik terus la. dah dapat kerja ke? atau nak tanam anggur sebulan dua dulu?" ramah lelaki tersebut bertanya. belum pun sempat mira menjawab, lelaki itu terus memperkenalkan dirinya. "by the way, saya azri." ujarnya sambil menghulurkan tangan.
eee... tak tanya pun. namun huluran tangan azri disambut baik oleh mira sekaligus menyebut namanya. "saya ira. I.R.A. terpulang nak sebut macam mana. ira (sebutan melayu) boleh, ira (sebutan inggeris) pun boleh." sejenak mira bermonolog sendiri. macam mana aku boleh terlebih ramah pulak ni?
"dah berapa tahun kat australia? u ape?" azri bertanya lagi.
"dekat lima tahun jugak la. universiti melbourne." jawab mira ringkas. malas pastinya. bosan apabila soal berkaitan pengajiannya dibicarakan. tak ada mende lain nak tanya ke? bisik mira sendiri. azri yang menyedari perubahan riak di wajah mira segera mengangkat tangan memanggil pramugari bertugas yang sedang menatang dulang makanan dan minuman, untuk diberikan kepada para penumpang.
pramugari tersebut segera mendapatkan azri. "yes sir, may i help you?" dengan penuh tertib dan sopan berserta senyuman yang tidak pernah lekang dibibir, pramugari yang memakai tanda nama emelda bertanya.
"no. just give me one hot coffee. erm... ira, you nak air ape?" azri bertanya sambil menyambut secawan kopi yang dihulurkan pramugari cantik itu.
mira hanya memandang keduanya. lantas matanya beralih kepada dulang yang berada ditangan pramugari tersebut. "erm... saya nak kopi jugak." pramugari tersebut segera berlalu selepas menghulurkan secawan kopi lagi kepada azri. azri dengan lagak 'gentlement'nya menjemput mira minum.
"malam-malam macam ni pekena kopi rasa segar sikit mata ni kan." azri bersuara setelah agak lama suasana bisu menyelubungi mereka berdua. mungkin juga mahu mencungkil perbualan diantara mereka. mira hanya mampu mengiakan.
azri tidak berputus asa. serasanya ada sesuatu didalam diri gadis yang baru dikenalinya ini. naluri lelakinya amat tertarik dengan gaya selamba dan sikap bersahaja mira. sebolehnya dia mahukan perkenalan mereka tidak hanya sampai disini. kesempatan ini diambil untuk mencungkil lebih banyak lagi hal yang berkaitan dengan diri mira. dia sedar, dia perlu menimbulkan topik-topik menarik yang boleh menarik minat mira untuk berbicara dengannya di waktu senggang ini.
"ira, asal mana? sampai klia nanti dah ada yang tunggu ke?" sekali lagi azri berusaha mencetuskan perbualan. mira tidak sampai hati untuk tidak melayan bicara azri.
tak pe la. layan jer la. aku wat sombong pun bukan dapat ape. lambat lagi nak sampai ni. nak tido pun, mata tak ngantuk la plak. mira berkata di dalam hati. dia lantas tersenyum kepada azri.
"saya asal pahang, awak plak?" melihat respon yang agak baik dari mira, azri tersenyum. terus kepalanya ligat memikirkan ape lagi yang harus dijadikan topik perbualan mereka berdua.
"sama la kita. saya pun asal pantai timur jugak. tapi negeri nik aziz." jawab azri sambil mengeyit sebelah matanya.
"amboi, siap sebut nama menteri besar tu! berapa dapat jual nama tue?" mira melawak pula. azri yang melihat tersenyum ceria.
lantas perbualan keduanya berlanjutan. lepas satu topik, satu topik yang mereka bualkan. tidak menghiraukan penumpang lain yang kebanyakannya sedang mencari posisi yang sesuai untuk melayari mimpi indah. kononnya. ada juga diantara mereka yang sedang menonton. malam semakin pekat diluar sana. matanya mula terasa mengantuk. mira meminta diri untuk melelapkan mata. azri pula cuba memahami walaupun hatinya tidak merelakan. kalau masa yang singkat ini dihabiskan dengan aktiviti tido, bila pula aku akan dapat bermesra dengan gadis manis disebelah aku ni? fikir azri.
mira pula seakan-akan tahu apa yang bermain difikiran azri. mata dipejamkan rapat. semakin lama berada didalam pesawat, semakin dekat dirinya dengan keluarga tercinta. apa khabar agaknya mereka. terfikir juga dia, adakah mak dan abah akan menanti kepulangannya di lapangan terbang nanti. mira tidak mahu terlalu mengharap. faham akan kesibukan kedua orang tuanya. teringat kekasih hati yang telah lima tahun ditinggalkan. masihkah seperti dulu. setia menanti kepulangannya.
mira mengeluh tanpa sedar. mujur juga azri disebelahnya tidak perasan. mira membuka sedikit matanya untuk melihat keadaan azri disebelah. diperhatikan raut wajah lelaki tersebut. tenang, nampak comel bila sedang tido. kumisnya nipis menambahkan 'kehensemannya'. eee... gatalnya aku ni. kata mira didalam hati. erm, gatal sikit-sikit tak pe kot. setianya tetap pada yang satu. dia bermonolog lagi. sedang melayan mata, mira teringat kisah bagaiman dia boleh menjejakkan kaki dinegara kangaro ini.
Sunday, March 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment